Monday, January 17, 2011

Inspirasi...

Baru2 ni ada terbaca satu artikel.hmm sangat menarik.Tentang e-book.Terasa nak menulis buku tapi perlukan modal yang besar.Bila baca artikel e-book ni, semangat nak menulis berkobar-kobar.Why not, if i try...Macam2 bermain dalam fikiran ni.Tapi nak memulakannya rasa sedikit sukar ..
Tiada yang mustahil dalam hidup ni.Biar apa pun anggapan orang luar pada kita, kita perlu tetap yakin dengan kemampuan diri sendiri.Kata2 motivasi seperti inilah yang sentiaa menjadi peneman buat meningkatkan semangat diri.Menulis, memang itulah hobi sejak di bangku sekolah lagi.Bercita2 ingin menjadi penulis namun cita2 tu terkubur dek pelbagai anasir.E-book, satu pendekatan yang sangat berkesan bagi penulis baru seperti saya.Pendekatan yang sangat berkesan dan berbaloi-baloi.=).Barangkali, saya boleh meletak jawatan dan tidak perlu makan gaji seperti sekarang.Insyaallah...
Tak salah meletakkan harapan setinggi langit..tapi biarlah usahanya juga seluas lautan..Tanpa ilmu, mana mungkin segala impian menjadi kenyataan.Seharusnya, kita mencuba..hasilnya kepuasan yang kita perolehi.Itu lebih utama.
Saya tinggalkan anda dengan sebuah puisi...

SEGARIS CAHAYA
Langkah terasa payah
lemah dalam resah
tercungap meninggalkan semalam
keliru hari ini
esok yang serabut
dalam kocek masa penuh debu
disebalik jari meraba inci jahitan luka
dan parutnya masih tersisa
bersama kelopak mata menakung sebak
takkan pulih sediakala
Di hadapan cermin tertunduk malu
Usia hampir ke puncak
kelabu pemandangan
Menyelusuri segaris cahaya
menembusi ruang hati yang gelap